Pages

Popular Posts

Saturday 21 May 2011

Asmara 2 – Update Episod 10

Mungkinkah Asmara akan kembali kepada kekasih pertamanya, Melati selepas Zaliya meninggal dunia? Persoalan yang telah mengakhiri siri drama ‘Asmara’ ketika menghiasi slot Lestary pada 31 Ogos – 30 November, 2010 bukan sahaja menerima ‘rating’ atau kadar tontonan yang tinggi pada 3.1juta penonton malah ramai yang mahukan siri popular tersebut disambung seterusnya mengetahui pilihan hati Asmara.
Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Pelakon : Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).
Series Info
Series: Asmara 2
Channel : Slot Lestary TV3
Airing : Selasa , 9.00 Malam
Resolution :608×432
Language : Malay
Subtitle : N/A

0 comments:

Post a Comment