Pages

Popular Posts

Tuesday 17 May 2011

Bujang Sepah Si Lalalitamplom 2 – Update Episod 20

 





Tarikh : 3 Januari 2011,
Hari: setiap Isnin
Masa: 10 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Episode: 26 episod
Pelakon : kumpulan sepah raja lawak, Mohd Nadzri Zainal Abidin (sebagai Jep), Mohd Noor Murad (Mamat) dan Shahmira Mohamed (Shuib), Nonny AF (Zara), Zizie AF (Anita), Ely Sarimah (Mila), Hamid Gurkha (Wak Gurkha), Imuda (Daim Handsome), Sheila Mambo (Puan Sheila) dan Lufya AF (Cikgu Saleha).
Sinopsis
Bujang Sepah Si Lalalitamplom musim kedua mengisahkan ragam tiga bujang hartawan segera yang ingin mencari jodoh setelah memiliki harta peninggalan ibu mereka. Namun, satu kejadian yang berlaku telah menyebabkan mereka memutuskan tali persaudaraan sewaktu pembahagian harta.
Jep dan Mamat menjadi lupa diri setelah mewarisi harta tersebut. Mereka ditipu oleh ramai perempuan sehinggakan kesemua harta mereka dikikis. Hasil perancangan bijak oleh seorang usahawan yang bijaksana iaitu Daim Handsome, Jep dan Mamat menjadi muflis. Mereka mengambil keputusan untuk mencari Shuib dan bersatu semula.
Sewaktu Shuib dipinggirkan oleh abang-abangnya, dia telah terjumpa sesuatu yang berharga di dalam dokumen harta miliknya. Rupa-rupanya terdapat sebuah keratan peta yang menceritakan tentang harta milik moyang mereka iaitu Jamal Pak Tongko.Menurut peta itu, terdapat 12 butir berlian yang tersembunyi di Daerah Nami. Shuib memberitahu kedua abangnya dan mereka bersetuju untuk mencari berlian tersebut.





0 comments:

Post a Comment